Masalah Bayang Gambar

 

Soalan:

From: "kamal ahmad" > To: raai@my-malaysia.com Subject: flash,shadow,batteri Date: Mon, 14 Feb 2000 17:04:02 PST

Assalamualaikum,

Terima kasih diatas penjelasan En Raai berkenaan Proses E6 .

Saya baru lagi menjurus ke bidang senifoto ini.Untuk pengetahuan En Raai kini saya mula membuat kerja part time dengan mengambil gambar di majlis perkahwinan malangnya saya tidak berpuas hati hasil gambarnya tidak berapa terang mungkin kerana flash. Saya tidak berapa faham cara menggunakan flash dengan berkesan sedangkan flash yang saya guna agak baik iaitu SB 26 (NIKON).

Perkara kedua bagaimana cara untuk mengatasi masalah shadow atau bayang-bayang hitam.

Perkara ketiga yang saya kurang pasti ialah betteri flash mampu setakat berapa roll filem Saya harap En Raai tidak keberatan menjelaskanya dan memberi sedikit bimbingan kepada saya berkaitan soalan tadi.

Segala penjelasaan En Raai amat saya hargai.

Terima kasih.


Jawapan:

 

Tahniah saudara, kerana berminat menjadikan kerja senifoto sebagai part time.

Bidang senifoto perkahwinan adalah satu bidang yang menyeronokkan kerana disamping memperolehi pendapatan sampingan hujung minggu, ianya juga memberikan anda ramai kenalan. Paling mustahak saudara kenalah terlebih dulu mengenali pengantin. Kemesraan dengan kedua mempelai akan memudahkan anda memulakan kerja. Jadikan mereka seperti rakan lama atau saudara mara sendiri. Hasilnya mereka tidak kekok untuk bergaya dihadapan kita. Dengan cara itu gambar yang dirakamkan akan hidup. Sebab kesan psikologinya mereka akan mati gaya jika anda tidak mesra dengan pengantin.

Yang kedua, Mak Andam perlu saudara dampingi kerana beliau akan memberi kerjasama untuk membetulkan gaya pengantin perempuan.

Masalah flash:

Sering dihadapi oleh semua Jurufoto baru. Jika anda menggunakan flash yang baik tapi kurang praktikal, gambar tidak akan memberi mutu yang baik. SB26 antara flash Nikon yang bermutu. Kesan cahayanya cukup baik. Pastikan anda mahir mengawal butang kawalan autonya yang bertanda mood jauh atau dekat. Jika anda menggunakan mood dekat adalah untuk simbahan cahaya dari jarak terdekat hingga 10 kaki. Aperture yang sesuai ialah f8 jika ISO filem 100 lihat pada lampu panduannya. Manakala mood jauh untuk Aperture f4 jarak 10 kaki ke 60 kaki. Ambil pengalaman saya, jika menggunakan flash untuk jarak 5 hingga 60 kaki gunakan f4 pada butang sentuh mood jauh. Ini kerana flash akan mengawal menerusi butang sensornya bagi menentukan simbahan cahaya sebanyak mana yang perlu untuk jarak kita rakamkan foto. Jika menggunakan Mood Manual pastikan anda mengawal cahaya flash mengikut jarak. Tapi kawalan menerusi manual lebih baik jika anda mahir. Jika anda merakamkan foto pada jarak lebih dari 40 kaki adalah lebih baik menggunakan Shutter Speed 1/30. Cuma anda perlu pastikan kamera tidak bergoyang!

Masalah bayangan hitam

Jika saudara menggunakan simbahan flash cara terus memang akan memberi kesan shadow pada tepi muka model. Tambahan jika muka model rapat dengan latarbelakang. Caranya ada berbagai. Paling mudah gunakan cara Bounce Flash iaitu dengan menghalakan flash ke silling rumah. Tapi pastikan silling itu tidak terlalu tinggi. Tapi kalau kebanyakan rumah teres masih boleh. Cuma jika rumah banglo payah nak praktikkan cara ini. Gunakan Mood Auto dan letakkan pada butang mood jauh dan gunakan Aperture yang paling besar.

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan Reflektor. Reflektor ini boleh dibeli dikedai atau pun saudara reka sendiri. Jika beli ia berbentuk keping dibuat dari plastik pespek putih. Atau kalau anda boleh tempah dikedai membuat cermin lebih mudah.

Reflektor ini boleh diletakkan pada flash dan cahaya flash yang keluar tidak terus. Oleh itu shadow tidak ada.

Perlu diingatkan cahaya pembalikan boleh dibuat dari silling, dinding tepi kiri atau kanan. Asal warnanya putih ia boleh membantu membalikkan cahaya. Atau saudara boleh juga menggunakan kertas Teressing (Treasing Paper) yang boleh diperolehi dari kedai grafik. Letakkan kertas tressing itu dipermukaan flash.

Biar apapun teknik yang digunakan, saudara perlu membuat praktikal untuk mendapatkan hasil yang bermutu. Kesan cahaya pembalikan lebih menarik dan ada ketikanya orang akan perasaan seolah foto itu menggunakan lampu studio

Saudara boleh juga menggunakan dua flash dimana satu flash ke atas, dan satu flash ke muka model

Batteri Flash

Berapa jumlah roll untuk satu set filem bergantung kepada penggunaan anda. Jika anda menggunakan flash untuk teknik bounce, lebih kuat penggunaan beteri. Mengikut pengalaman setiap flash hanya mampu bertahan dengan 3 roll filem sahaja untuk pengunaan berterusan. Namun ada flash boleh lebih dari itu. Tapi bergantung kepada keadaan foto yang hendak dirakamkan. Yang paling mustahak jika antara satu shoot kesatu shoot flash akan full power (lampu pilot) antara 1 hingga 4 saat itu sudah memadai, dan menunjukan bateri anda masih kuat!

Terima kasih atas kunjungan saudara.